Saturday 28 May 2011

Bagaimana Enjin Motosikal Berfungsi

ASAS MOTOSIKAL

Motosikal adalah kenderaan bermotor bagi mengangkut satu atau dua penunggang. Secara asasnya, sebuah motosikal mempunyai dua roda sahaja, tetapi sebarang kenderaan dengan kurang daripada empat roda seperti motosikal roda tiga, juga boleh dekelaskan sebagai sebuah motosikal.

ENJIN MOTOSIKAL

Enjin motosikal mempunyai sekurang-kurangnya satu piston, satu cylinder block dan satu head yang didalamnya mengandungi valve train.

BEBERAPA KOMPONEN DALAM ENJIN

CRANKSHAFT BESERTA ROD

CAM
VALVE

ROCKER ARM

SPARK PLUG

ROD

VALVE SPRING

PISTON


Satu piston bergerak ke atas dan ke bawah di dalam satu cylinder dipandu oleh letupan campuran udara dan bahan bakar yang telah dibakar oleh percikan api daripada spark plug. Injap-injap terbuka dan tertutup bagi membenarkan campuran bahan bakar dan udara untuk masuk ke dalam ruang pembakaran. Pergerakan piston dikelaskan kepada empat fasa(bagi enjin empat lejang) iaitu sedutan, pemampatan, pembakaran, dan keluaran. Piston memainkan peranan penting dalam memindahkan tenaga darinya kepada gerakan putaran yang berlaku pada crankshaft. Daya putaran crankshaft dihantar kepada roda belakang motosikal melalui sistem gear.
Rajah 1: Fasa sedutan(INTAKE)

Rajah 2: Fasa pemampatan(COMPRESSION)

Rajah 3: Fasa pembakaran(COMBUSTION)

Rajah 4: Fasa keluaran(EXHAUST)